MELAKA – Seorang pengarah syarikat direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi kerja pembekalan alatan sukan badminton lebih RM78,000.
Perintah reman terhadap suspek yang juga pengurus jualan sehingga Sabtu itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas mendapat permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).