SUKAN SEA 2025 di Thailand berpotensi menjadi edisi yang menawarkan jumlah pingat emas terbanyak, dengan 585 acara dijangka dipertandingkan dari 9 hingga 20 Disember di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, penganjur telah membuat beberapa penambahan dan perubahan acara di luar jangkaan semasa mesyuarat maya yang diadakan minggu lepas.