TUMPAT – Pengambilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cadang diberi keutamaan kepada graduan Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) sehingga 30 peratus.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, cadangan diutarakan pihaknya ke peringkat tertinggi dan kementerian untuk dibincangkan.