PUTRAJAYA – Peluasan lift dump spoiler yang tidak disengajakan ketika pemeriksaan sebelum mendarat dikenal pasti sebagai punca utama nahas udara pesawat Beechcraft yang terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, tahun lepas, menurut laporan akhir kemalangan itu.
Tindakan itu menyebabkan kehilangan daya angkat secara tiba-tiba, mengakibatkan kehilangan kawalan katastrofik dan seterusnya terhempas.