Seperti salah satu judul lagu Dunia Alam Fana yang dipasarkan pada 2017, kini seluruh pinjaman dan bersifat sementara itu telah ditinggalkan oleh Abdul Fashah Abdul Aziz.
Fashah atau terkenal dengan panggilan nama pentas Nico, pengasas dan salah seorang anggota trio rap dengan nama sama — Nico (Network International Chicanos Organization) telah berpulang ke rahmatullah pada usia 52 tahun pada 4 April 2025 bersamaan dengan hari raya Aidilfitri yang kelima.