SHAH ALAM – Karnival Siang Malam Karangkraf yang akan berlangsung pada Julai depan bakal menghimpunkan penerbit buku tempatan terkenal bagi memeriahkan program julung kali diadakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, semua karya terbitan syarikat terlibat antaranya JT Publishing, Patriots Publishing, Fixi Publishing dan Sasbadi Holdings Berhad akan disatukan dalam ruangan ‘Buku dan Kopi’.