KOTA BHARU – Bimbang air sungai melimpah dan menyebabkan pusat bandar Kota Bharu lumpuh, penduduk di sini sanggup bersengkang mata memantau paras air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja di sini.
Mereka berkumpul di satu lokasi tarikan pelancong yang menghadap ke Sungai Kelantan sejak beberapa hari lepas sambil merakam video dan membuat hantaran di laman media sosial masing-masing.