KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Sungai Baru meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur agar menjalankan siasatan bagi menentukan status tanah di penempatan terbabit menerusi dua permohonan yang telah dikemukakan.
Peguam Lawyers for Liberty (LFL) merangkap Penasihat Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru, N Surendran berkata, permohonan itu dibuat berdasarkan dokumen rasmi dan peta yang menunjukkan ia berada dalam kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) iaitu Tanah Rizab Melayu (TRM).