KUALA LUMPUR – Pemilik 560 kediaman dan lot kedai di Jinjang Selatan Tambahan Kepong di sini menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyelesaikan isu pampasan pengosongan kawasan tersebut.
Setiausaha Gabungan Isu Perumahan dan Pampasan Jinjang Selatan Tambahan Kepong, Ameer Khan Bargathalli berkata, penduduk mendesak satu pertemuan segera diadakan dengan Datuk Bandar, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif bagi tujuan itu.