GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital kerajaan baharu di kawasan Bayan Baru bagi memenuhi keperluan penduduk setempat yang semakin mendesak.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perkara itu telah dikemukakan secara rasmi kepada Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad ketika lawatannya ke Klinik Kesihatan Bayan Baru pada Jumaat bagi meninjau pelaksanaan waktu operasi lanjutan dari jam 5 petang hingga 9.30 malam.