PENDIDIKAN Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri masa depan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaporkan penurunan minat pelajar dalam aliran STEM, yang kini berada pada kadar sekitar 40 peratus berbanding sasaran 60 peratus yang ditetapkan kerajaan.