KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 12 Jun ini untuk keputusan sama ada bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman memaklumkan pihak pendakwaan menutup kes hari ini selepas memanggil 13 saksi sepanjang perbicaraan yang bermula pada 7 April lepas.