KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan bagi kes gagal mengisytiharkan harta membabitkan Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sijil cuti sakit dan ketidakhadiran bekas Menteri Kewangan itu, di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.
Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berkata, pihak pembelaan hanya memberitahu Daim, 86, dimasukkan ke hospital Assunta dan menerima sijil cuti sakit.