LOMBOK TIMUR – Seorang pendaki warga Malaysia, Mohammad Hafidz terjatuh ke tebing sedalam 10 meter berhampiran Jambatan Pos 2 Tengengean Sembalun, Gunung Rinjani, Lombok Timur di Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia.
Jurucakap pihak berkuasa, Wahyu Indrawan berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa mendaki bersama rakannya pada Isnin.