REMBAU – Pengunjung atau pendaki yang menjalankan aktiviti pendakian di Taman Eko-Rimba dan trek pendakian di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mendapatkan permit dalam bentuk wristband sebelum menjalankan aktiviti pendakian.
Antara trek pendakian yang dikenakan bayaran permit tersebut ialah Gunung Datuk, Gunung Angsi, Gunung Besar Hantu, Bukit Batu Sawa, Bukit Baginda dan Bukit Senaling.