KUANTAN – Seorang pendaki cedera dihempap pokok tumbang ketika tidur dalam kejadian di Kem Seputih berdekatan Gunung Rajah, Kuala Tahan, Jerantut pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa, Wan Nurulhuda Mior Abdullah, 49, dilaporkan cedera di pinggul dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.