< Kembali

Penangan Amira Othman, Menu Ringkas Ikan Bilis Bawang Pun Jadi Resepi Viral, Ramai Netizen Cuba - “Satu Malaysia Masak Lauk Ni…”

Hiburan
Gempak
5 Hari

Penangan pengantin baru memang lain macam, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian.Itulah yang terjadi kepada penyanyi dan pelakon, Amira Othman apabila masakan ringkas ikan bilis tumis bawang dan cili yang dimasaknya untuk suami, Fattah Amin baru-baru ini terus tular di media sosial.Hidangan mudah itu nyata mencuri perhatian ramai apabila warganet mula berkongsi gambar lauk sama yang dimasak mereka sehingga resepi berkenaan menjadi viral.Menjengah ke ruangan komen di TikTok, rata-rata pengguna terhibur melihat bagaimana resepi ringkas itu mampu mengundang ramai untuk mencubanya.“Penangan seorang bernama Amira Othman… lain betul auranya. Padahal resepi itu ringkas sahaja tetapi ramai yang terliur. Memang suka masakan simple tetapi sedap!”“Saya pun sama, disebabkan tengok Amira Othman masak bawang bilis… terus cuba buat juga, cuma saya tambah petai.“Masa Fattah Amin kahwin tempoh hari, ramai isteri teruja sampai tidak memasak. Sekarang Amira masak lauk ringkas pun, semua ikut tiru. Kelakar betul!“Rasanya satu Malaysia masak lauk ini minggu ini.”“Inilah resepi viral bulan ini,” komen beberapa netizen. Terdahulu, bekas suami Fazura iaitu pelakon Fattah Amin selamat diijabkabulkan dengan penyanyi Amira Othman dalam sebuah majlis akad nikah di Golden Palm Trees, Sepang, Selangor.Majlis itu turut dihadiri rakan selebriti antaranya Ernie Zakri, Hawa Rizwana, Anzalna Nasir (pembawa dulang hantaran) serta Nabila Razali.Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. 

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI