SHAH ALAM – Kehadiran lebih 17,000 ahli dalam persidangan cawangan Pemuda UMNO di seluruh Selangor membuktikan bahawa institusi politik itu masih kukuh dan terus relevan di peringkat akar umbi.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, jumlah penyertaan yang tinggi itu mencerminkan komitmen dan semangat juang ahli-ahli Pemuda dalam memperkukuh peranan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).