ALOR GAJAH – Perjalanan dua rakan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di jalan depan Taman Seri Bayan, Durian Tunggal di sini pada petang Selasa.
Dalam kejadian 4.50 petang, mangsa, Mukhlies Farhan Baharum, 22, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya yang juga pembonceng, Aniq Esqandar Hasedi,18, mengalami cedera ringan.