SHAH ALAM – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di seluruh negara diarah segera membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Hasbie Muda berkata, ia susulan hantaran berbaur sindiran dimuat naik di Facebook oleh Ahmad Fadhli yang didakwa menghina institusi diraja.