MELAKA – Seorang pempengaruh media sosial lelaki yang berpakaian dan berlagak seperti perempuan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok di Banda Hilir, di sini, awal pagi Isnin.
Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, lelaki berusia 25 tahun dan masih bujang itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIM kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan orang awam.