BANTING – Seorang pemilik kediaman didenda RM400 atau 20 hari penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu berhubung satu kes meletakkan bahan binaan di Taman Banting Baru, Banting dekat sini.
Individu berumur lewat 30-an itu dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Maslinda Selamat.