KLANG – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyarankan semua pemilik anjing untuk mendapatkan lesen anjing selaras dengan kehendak dan keperluan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007.
Justeru, Program Melesenkan Anjing Peliharaan Secara In-Situ dijalankan di Dewan Ambang Botanik 2, Bandar Botanik Klang pada Sabtu bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.