SHAH ALAM – Ketua Cabang Titiwangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zahir Hassan tidak menolak kemungkinan akan bertanding di Cabang Wangsa Maju pada pemilihan parti itu yang akan diadakan tahun hadapan.
Ahli Parlimen Wangsa Maju itu berkata, langkah berpindah cabang itu bagi memastikan partinya terus dapat diperkukuhkan dan beliau dapat berkhidmat dengan lebih baik terhadap rakyat di Wangsa Maju.