IPOH – Perak menjadi destinasi pertama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar selepas mengumumkan diri bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden parti bagi sesi 2025-2028.
Kehadirannya di dalam program Temu Rapat Akar Umbi Bersama Nurul Izzah di sebuah hotel di sini disertai lebih 1,000 orang termasuk pimpinan PKR negeri, ketua-ketua cabang dan pimpinan di peringkat akar umbi yang lain.