KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR 2025 bagi fasa satu membabitkan peringkat Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang di tujuh negeri pada Jumaat hingga Ahad lepas, selesai diadakan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata JPP kini dalam persiapan untuk fasa dua pengundian melibatkan Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah bermula 18 hingga 20 April ini.