SHAH ALAM – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sekadar soal perebutan jawatan, sebaliknya menjadi medan menyuburkan demokrasi dan memperkukuh kesatuan dalam parti.
Calon Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan berkata, proses itu merupakan bukti kematangan PKR yang sentiasa menjunjung prinsip reformasi sejak penubuhannya, selain meminta semua pihak menjadikan pemilihan sebagai ruang memperkuat parti dan mengelakkan perpecahan dalam kalangan ahli.