KUALA NERUS – Keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mahu membawa suara yang kuat bagi membantu pengurusan parti berkenaan.
Ketua Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris menetapkan pendirian bahawa beliau tidak akan menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan tersebut meskipun berdepan persaingan daripada lima calon yang lain bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti berkenaan bagi 2024-2027.