KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya secara rambang melakukan pemeriksaan telefon bimbit orang ramai di tempat awam.