KUALA LUMPUR – Anggota penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan turun padang dan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas syarikat peraih buah sawit bermula awal 2025 dalam memastikan ketepatan timbangan demi melindungi kepentingan pekebun kecil.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini juga sejajar dengan usaha menangani isu berkaitan aduan pekebun kecil mengenai wujudnya perbuatan memanipulasi timbangan.