KUALA LUMPUR – Pemergian Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dalam dunia dakwah dan keilmuan Islam.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Allahyarham dikenang sebagai seorang murabbi yang dihormati serta tokoh ilmuwan yang memperjuangkan kefahaman Islam yang mencerahkan.