KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting rambut yang membunuh bayi perempuan berusia 11 bulan dikenali ‘Baby Zara’ pada enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan akhir oleh Hazmi Majid, 42, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terbabit.