PONTIAN – Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) bagi jajaran Banting ke Gelang Patah melalui Pontian akan memberi manfaat dan limpahan ekonomi kepada penduduk daerah ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara manfaat tersebut ialah pelebaran dan penambahbaikan jalan raya di kawasan berkenaan.