PUTATAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak kontraktor digesa memastikan pengurusan jalan raya yang terlibat dalam fasa pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) sentiasa dipantau, khususnya yang melibatkan aliran trafik di kawasan berisiko.
Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, meskipun terdapat insiden kemalangan di kawasan pembinaan LPB yang berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya, namun pihaknya tetap menekankan keperluan pemantauan secara berterusan di kawasan terlibat pembinaan LPB.