KOTA BHARU – BUDI MADANI merupakan usaha Kerajaan dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak sebagaimana dihasratkan oleh pucuk pimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelaksanaan BUDI MADANI itu merangkumi bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat dan kenderaan pengangkutan (BUDI My Subsidi Diesel).