KUALA LUMPUR – Pembayar cukai disarankan supaya menyemak status sekatan perjalanan mereka dengan lebih awal sebelum membuat perjalanan ke luar negara.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pungutan Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Azaharuddin Mohd Ali berkata, tindakan itu bagi mengelakkan tekanan pada saat akhir kepada pembayar cukai yang ‘tersekat’ di pintu keluar masuk negara akibat tunggakan cukai.