JOHOR BAHRU – Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun pada 30 Oktober 2024 lalu.
Muaz Saifullah, 33, membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Siti Noraida Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.