KUALA SELANGOR – Projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam kini mencatatkan kemajuan lebih daripada 60 peratus dan berada dalam fasa 20 hari lebih awal daripada jadual asal.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Datuk Saipolyazan M Yusop berkata, projek itu sedang melalui proses penyediaan reka bentuk akhir serta melaksanakan pengurusan nilai untuk memastikan pembinaannya nanti dilakukan secara efisien dan mengikut bajet yang telah ditetapkan.