SHAH ALAM – Pembangkang perlu memainkan peranan sebagai semak dan imbang yang berkesan dalam memastikan keberlangsungan demokrasi di negara ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, ia kerana tanggungjawab utama kumpulan itu adalah memastikan kerajaan memimpin dengan amanah, telus dan cekap.