PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kadar pematuhan tinggi dalam kalangan penumpang dan pemandu bas terhadap penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar apabila hanya 305 atau 0.25 peratus daripada lebih 123,000 individu yang diperiksa dikenakan saman.
Pengarah Dasar Penguatkuasaan dan Pendakwaan JPJ, Zulkarnain Yasin berkata, semenjak penguatkuasaan bermula pada Selasa lepas, seramai 123,706 penumpang dan pemandu diperiksa dalam pemeriksaan terhadap 3,257 bas yang terdiri daripada 2,459 bas ekspres dan 798 bas persiaran di seluruh negara.