IPOH – Pemandu trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan tragik yang meragut sembilan nyawa rakan setugasnya pada Selasa lalu meluahkan rasa bersalah dan terlalu sedih atas apa yang berlaku.
Berkongsi luahan itu, Nor Ain Ahmad Hesam, 36, berkata suaminya, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, hanya mengetahui sepenuhnya mengenai kejadian tersebut selepas sedar daripada rawatan dan dimaklumkan tentang kematian rakan-rakannya semalam.