SEREMBAN – Pemandu Proton Satria yang terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Senawang 1, awal pagi Ahad, telah ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan.
Video berhubung kejadian tular di media sosial memaparkan kereta yang dipandu lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai dipandu laju, hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.