DENGKIL – Cubaan seorang pemandu lori mengemukakan lesen memandu kompeten (CDL) dan lesen kenderaan barangan (GDL) palsu gagal apabila tindakan liciknya itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, lori berkenaan ditahan semasa anggota JPJ menjalankan rondaan di kawasan di Plaza Tol Saujana Putra di sini pada Ahad.