SETIU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan seorang pemandu lori melakukan kesalahan berulang dengan membawa barangan melebihi muatan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu, Zamri Samion berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikesan dalam operasi khas kenderaan perdagangan di Stesen Penguatkuasa Air Sejuk, di sini pada Selasa.