BENTONG – Seorang lelaki maut selepas kereta mewah Lamborghini yang dipandunya terbakar di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur di sini pada Ahad.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.06 pagi.