KAJANG – Akibat bergantung kepada aplikasi navigasi, seorang pemandu bas ekspres tidak menyedari kewujudan palang besi penghadang had ketinggian di Jalan Mutiara, Putra Mahkota di sini sebelum melanggar struktur berkenaan dalam kejadian pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.25 malam itu, pemandu bas berusia 62 tahun berkenaan sedang memandu dari Kuantan menuju ke Negeri Sembilan dan Melaka dengan membawa 21 penumpang.