KUCHING – Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan, di sini pada 14 Disember lepas.
Zakwan Mokhtar, 23, yang tidak diwakili peguam, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.