IPOH – Lelaki yang didakwa memandu bas secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan di Gerik, Isnin lalu telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Muhammad Firdaus Abdullah berkata, keluarga tertuduh telah membayar wang jaminan berjumlah RM19,000 dengan dua orang penjamin sebaik selesai prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret Gerik pada Jumaat.