RAUB – Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China pada Sabtu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas dua pertuduhan iaitu memandu secara berbahaya dan tidak memiliki lesen memandu.
Tertuduh, S Anand Kumar, 32, beralamat di Klang, Selangor membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.