KULAI – Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kemalangan itu pada jam 2.15 pagi.